1. UMNO akan bertanding di kesemua kerusi asalnya.
"Kerusi kita kerusi kitalah! Semua kerusi kita. Nak kompromi apa? Dah itu kerusi kita. Orang datang claim rumah yang itu rumah dia, tak kan you nak beri!?" Itu kata Tengku Razaleigh Hamzah, Pengerusi Penasihat UMNO.
2. SEMAKIN kencang angin ini dikatakan oleh ahli-ahli akar umbi UMNO. Mereka tidak akan mengalah kepada bekas MP BN dari UMNO yang khianat dan melompat ke PPBM.
3. DESAKAN ini perlu diberi perhatian. Pucuk pimpinan kena akur dengan kehendak ahli sebab mereka selain daripada Jentera, mereka juga adalah pengundi.
4. NASIB MP-MP katak ini kini seperti telor dihujung tanduk. Sikap khianat dan mementingkan diri mereka amat pedih untuk mudah ditelan dan dilupakan.
5. ISU ini pasti dijadikan Usul Utama pada Mesyuarat Agung Tahunan UMNO di semua peringkat. Dimulakan dari Cawangan ke Bahagian dan juga Nasional yang dijadual akan berlangsung tidak beberapa lama lagi.
6. DI PARLIMEN Lumut ini ada 3 kerusi. Satu Parlimen dan dua DUN. Kita tidak ada Wakil yang melompat, tapi kena berkongsi dengan PAS! Macamana agihan itu? Ada yang berani mencadang!
Wallahua'lam.