
MANJUNG : Dalam kejadian 6.30 petang Jumaat lalu, seorang wanita yang sedang menjirus pokok bunga di halaman rumahnya maut selepas dilanggar tayar seberat 150 kilogram (berat bersama rim) yang tercabut dan melantun daripada sebuah lori di hadapan rumahnya di Kampung Bakar Bata di Ayer Tawar.