Saturday, 4 April 2015

YB DATO RASHIDI IBRAHIM (ADUN PASIR PANJANG) MAHU PERKASAKAN KEPENTINGAN DI DAERAH MANJUNG


Dalam melihat potensi daerah Manjung yang pesat terutama dari aspek pelabuhan, ADUN Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim mengemukakan beberapa fokus dalam sesi perbahasan persidangan DUN ke-13.

Memetik daripada titah Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Shah, pelabuhan Lumut menjadi laluan perairan tersibuk di dunia dengan jumlah kapal yang menggunakan laluan di sini lebih 500 000 bauh setahun.

“Semoga suatu hari nanti kita dapat memanfaatkan pelabuhan yang ada di situ (Terminal Maritime Lumut) untuk kita mambawa atau melaksanakan perniagaan barangan bebas cukai. Tak kira di Manjung, Lumut atau Pulau Pangkor sendiri.

“Usahakan sebuah kompleks bebas cukai dan boleh dapatkan barangan bermutu dan berkualiti,” jelas Datuk Rashidi mengenai fokus beliau pada sesi sidang media, pada Khamis.

Seiiring dengan itu, beliau turut berharap agar aspek pemeliharaan sumber alam semula jadi di pelihara terutama di kala berlakunya pembangunan melibatkan kawasan persisiran pantai.

“Memelihara hasil laut ini supaya pihak maritim dapat bekerjasama membantu kerjaan iaitu memastikan sumber alam kita terpelihara dan terjaga. Jadi sebarang bentuk pembangunan yang nak dibawa di persisiran pantai ini, maritim harus berperanan memberi khidmat nasihat supaya tidak tercemar sumber alam ini,” ujarnya lagi.

Perak mempunyai kawasan perairan melibatkan 200KM berbanding jumlah kawasan perairan Negara yang melibatkan 1100KM.

Sewajarnya kelebihan itu, diusaha dan dihargai bagi memastikan manfaatnya kepada rakyat dan juga Negara.

No comments:

Post a Comment