Friday, 3 April 2015

ADUN PASIR PANJANG JELASKAN ISU PENJUALAN SAHAM PCB KEPADA TNB

perakbn Isu Penjualan Saham PCB Kepada TNB Untuk Manfaat Jangka Panjang  Datuk Rashidi Ibrahim

ADUN Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim hari ini pada sidang media sempena persidangan DUN ke-13, tampil memperjelaskan isu penjualan saham Perak Corporation Berhad (PCB) dalam Intergrax Berhad kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Beliau berkata, isu ini telah menimbulkan pelbagai persoalan dan kegusaran yang mana Integrax bertanggungjawab  mengawal pegangan dalam dua aset strategik penting dalam kepentingan dan industri Perak: Lumut Maritime Terminal (LMT) dan Lekir Bulk Terminal (LBT) – dua terminal di Pelabuhan Lumut.
“Bagi mereka yang tidak memahami pengoperasi LBT..sudah pasti mereka tidak memahami isu sebenar.
“Saya nak jelaskan, unsur-unsur ini berlaku ada sedikit salah faham, bukan kerana kerajaan nak menjualkan asetnya kepada TNB; melepaskan peganganya, tetapi dalam masa yang sama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) mengendalikan LMT, jadi LBP yang beroperasi melalui LMT ini sepatutnya lebih baik; kerana saya boleh katakan status operasi 100 peratus di LBT ini diurus selia daripada arang batu ke janakuasa Manjung,” jelasnya.
Katanya lagi dengan usaha yang dilakukan ini, kelak ia akan melancarkan operasi untuk janakuasa Manjung 4 dan 5  yang dijangka siap pada tahun 2018 berbanding tiga janakuasa Manjung sedia ada.
 “TNB terpaksa menyediakan lebih kurang 7 metrik tan arang batu untuk menggerakkan stesen janakuasa stesen 1, 2 dan 3.
“Keperluan janakuasa Manjung 4 dan 5, sekali ganda lagi arang batu yang diperlukan iaitu 14 juta tan metrik yang perlu dimasukkan setahun.
“Jadi untuk memastikan keselamatan dan jaminan LBT terus beroperasi untuk membantu membekalkan arang batu di Janamanjung ini maka sudah pasti TNB perlu kawal selia pemunggahan arang batu,” katanya yang menekankan langkah itu penting demi memastikan janakuasa berkenaan pada tahap terkawal.
Stesen Janakuasa TNB Janamanjung merupakan antara stesen jana kuasa berasaskan arang batu terbesar Negara dipercayai mampu membekalkan  sumber elektrik lebih daripada 20 peratus.
“Harapan agar rakyat memahami, apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk memastikan keselesaan dan kesejahteraan rakyat dalam mendapatkan bekalan ekekrtrik Negara …yang selamat,” kata Datuk Rashidi.
PCB kini telah menjual aset sahanya sebanyak 15 peratus  kepada TNB dengan harga RM 3.25 seunit.
Ini menjadikan, TNB pemilik kepada lebih 60 peratus pegangan saham Integrax Berhad yang mana TNB turut  membeli aset saham milik  Amin Halim Rasip iaitu selaku pemegang saham terbesar Integrax Berhad.


No comments:

Post a Comment