Wednesday, 8 July 2020

UMNO TIDAK PERLUKAN PPBM ???

 

1. UMNO tidak perlukan PPBM atau Bersatu. Bersatu sahaja yang mahukan penubuhan PN; kerana itulah satu-satunya jalan untuk Bersatu dapat nyawa. 

2. KATANYA UMNO dan PAS telah pun berbincang untuk siap sedia menghadapi PRU 15. Tapi mereka tidak jemput Bersatu sama. Adalah terlalu rumit dan sukar untuk Bersatu masuk dalam perkiraan kerusi baginya. 

3. UMNO telah bertanding 105 kerusi dan menang sebanyak 54 kerusi. Manakala Pas pula bertanding 144 kerusi dan menang 18 kerusi. Bagi Bersatu dia bertanding 52 kerusi dan menang hanya 13 kerusi. 

4. KALAULAH adanya Perikatan Nasional dalam Pru-15; PAS terpaksa korbankan kerusinya untuk memberi laluan kepada UMNO dan Bersatu supaya tidak berlaku pertemuan 3 penjuru. 

5. SEJARAH dalam PRU 14, telah berlaku pertandingan 3 penjuru di 46 kerusi. Bersatu hanya menang 10 kerusi, UMNO menang 30 kerusi dan Pas pula menang 6 kerusi.

6. PAS dan UMNO tidak akan bagi 36 kerusi itu kepada Bersatu. Malah rasanya Bersatu pun tidak sanggup serahkan 10 kerusi yang dia menang. Muhyiddin pun perlu berunding, agar UMNO memberi laluan kepadanya di Johor. 

7. DI KAWASAN bukan Melayu, DAP pasti tidak lagi akan berikan kepada Bersatu. Kawasan-kawasan ini ada  MCA dan MIC yang berdiri dibawah bendera BN. 

8. DI PANTAI TIMOR rasanya Bersatu boleh kirim salam. Kerana dalam Pru-14; mereka kalah semua tempat di Kelantan, Terengganu dan Pahang. 

9. JELAS sebenarnya UMNO masih RELEVAN; walaupun orang Sabah menolaknya. Tapi PN kalau mahu juga ditubuhkan; Bersatu kena lah tanya UMNO dan PAS dulu.

10. ITU sebabnya kenapa Mahathir mahu menghapuskan UMNO sedikit demi sedikit. Percayalah dia pasti gunakan mahkamah untuk membunuh pemimpin pemimpin UMNO. Berhati hati lah kalau berkawan dengan Bersatu. 

WALLAHUAKLAM.

No comments:

Post a Comment