Tuesday, 7 July 2020

DUN PASIR PANJANG : PAS ATAU MIC ?



1. RAKYAT tahu kerajaan baru yang disebut "Perikatan Nasional"  hanyalah kuat kerana adanya sokongan UMNO-PAS dan YANG melompat keluar dari UMNO dan PKR. Itupun adalah "untuk sementara waktu untuk menghadapi ancaman wabak pandemik COVID 19".

2. BILA sudah diisytiharkan Muhyiddin sebagai calon PM untuk PRU15, maka tentunya banyak sebab yang dipegang oleh seseorang itu untuk dia bakal jadi PM. Sedangkan banyak lagi yang perlu diselesaikan sebelum hendak putuskan siapa bakal PM pada PRU15.

3. BILA dikira oleh UMNO dan PAS jumlah undi masing-masing di PRU14; maka tinggal berapa undi lagi untuk PPBM disetiap kawasan yang ditandingi nya! Muhyiddin tentu boleh jawab dengan waras kalau dia betul-betul layak jadi PM8. 

4. TAPI kesian pula dengan nasib orang-orang kanannya yang dianggap penting juga. ADAKAH mereka diletakkan balik di tempat asalnya? Maka sewajarnya Muafakat Nasional, UMNO dan PAS melangkah dengan begitu cermat. Tidaklah sampai tergesa-gesa macam isytiharkan calon PM!

5. CONTOHNYA di Lumut ini, PAS dan MIC sudah bersuara untuk ambil Pasir Panjang. Ada yang bertanya Bersatu nak letak kat mana pula? Manakala UMNO masih menunggu orang atas untuk bagi lampu! 

WALLAHUAKLAM.

No comments:

Post a Comment