SEMBANG PAGI :
1. UMNO tidak boleh dijadikan pajak gadai kerana jawatan Perdana Menteri diberi kepada Bersatu. Cukuplah UMNO dijadikan pajak gadai oleh mereka yang melompat kerana mengejar jawatan.
2. AMAT pelik apabila Hadi Awang dan Anuar Musa boleh mencadangkan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri untuk PRU ke 15.
3. BUKANKAH kemenangan besar di PRK Chini adalah “signal” dari rakyat, orang Melayu dan ahli UMNO-PAS yang mahu UMNO dan Muafakat Nasional kembali memimpin. Bukan PPBM!
4. JANGAN jadi PKR dan DAP yang telah pajak gadaikan jawatan Perdana Menteri kepada Bersatu - Mahathir. Akhirnya mereka yang kena gadai.
5. PEMIMPIN di atas hormati lah akar umbi. Keputusan besar seperti memilih calon perlu mendapat persetujuan dari akar umbi. Jangan apa yang terjadi dalam PRU-14 berulang lagi.
6. APATAH lagi sekarang ini UMNO-PAS sedang berkongsi kuasa. Kerusi kita kerusi kitalah. Usah ikut kira-kira nujum Pak Belalang... Satu untuk kamu, Satu untuk aku!
WALLAHUAKLAM.
No comments:
Post a Comment