Wednesday, 12 October 2016

AIR PASANG BESAR : BANYAK KAMPUNG DALAM DAERAH MANJUNG DIJANGKA BERISIKO BANJIR

Imej google

Pengarah APM Perak:

UNTUK TINDAKAN SEMUA SU JK BENCANA DAERAH

Berdasarkan ramalan yang dikeluarkan oleh JUPEM dan Unit Hidrologi TLDM meramalkan Air Pasang Besar dijangaka berlaku pada 15 -  19 Oktober 2016  dengan Paras Air tertinggi mencapai sehingga 2.8M.


Pihak Sekretariat JKPBN Perak telah mengarahkan Sekretariat JKPB Daerah seperti Daerah Bagan Datoh, Hilir Perak, Manjung, Larut Matang Selama dan Kerian supaya menggambil langkah - langkah awal dengan memaklumkan ramalan ini kepada Ketua-ketua jabatan yang berada dlm kawasan tepi pantai yang berisko kepada fenomena ini untuk memaklumkan kepada penduduk setempat supaya mengambil langkah-langkah awal spt berikut :

i. Menyimpan dan menempatkan dokumen-dokumen penting yang mudah dicapai untuk dibawa ke tempat yang selamat.

ii. Memaklumkan kepada ketua isi rumah supaya berpindah ke pusat pemindahan yang tetap apabila diarah.

iii. Memaklumkan kepada ketua-ketua jabatan peringkat daerah supaya sentiasa bersedia untuk bertindak sekiranya keadaan memerlukan.

iv. Ketua komuniti diminta memaklumkan sekretariat daerah bagi tindakan evakuasi.

v. Sekretariat dengan kerjasama PDRM untuk mengarahkan supaya penduduk yang berisiko berpindah ke pusat pemindahan pada peringkat awal bermula pada 15 Oktober 2016.

vi. Agensi penyelamat diminta untuk membuat rondaan pemantau di kawasan-kawasan berisiko.

vii. Memaklumkan JKM Daerah berkenaan supaya sentiasa bersedia untuk membuka pusat - pusat pemindahan bermula pada 15 Oktober 2016.

x. Pasukan dan Persatuan Kenderaan 4x4 Manjung dimohon siapsiaga untuk misi-misi bantuan bencana.                      

Ini adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Pengurusan Bencana Peringakat Pusat yang dipengerusikan oleh Menteri JPM Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kasim pada 27 Sep 2016.

Berikut adalah Senarai kampung di setiap mukim yang berisiko banjir DAERAH MANJUNG

Mukim: Beruas

1. Kg. Paya Ara
2. Kg. Changkat
3. Kg. Pintu Gerbang
4. Kg.gadoh
5. Kg paya takung
6. Kg pulau meranti

Mukim: Lekir

1. Kg. Batu 10
2. Kg. Pasir Pandak
3. Kg. Batu 8
4. Kg. Sungai Tiram
5. Kg. Kayan
6. Kg. Tanjung Kepah
7. Kg. Batu 14
8. Kg. Batu 15
9. Kg. Desa Pemarak

Mukim: Lumut
1. Kg. Batu 3 Segari
2. Kg. Tersusun Pundut / Lumut
3. Kg. Bharu (L) Ayer TAwar
4. Kg. Padang Tembak / Teluk Muruh
5. Kg. Telaga Nenas (L) Ayer Tawar
6. Kg. Teluk (L) Ayer Tawar
7.kg batu 2,lumut
8. Kg. Teluk Gedong, Pulau Pangkor
9. Kg. Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor
10. Kg. Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor
11. Kg. Teluk Dalam, Pulau Pangkor
12. Kg. Telok Kecil

Mukim: Pengkalan Bharu
1. Kg. Pengkalan Bharu
2. Kg. Matang Acheh
3. Kg nelayan(pantai tin)
4. Kg. Matang Kerian
5. Kg. Indah
6. Kg. Sungai Batu
7. Kg. Tebuk Yan
8. Kg. 40 Rantai
9. Kg. Beting Luas
10. Kg. Segari
11. Kg. Panchor
12. Kg. Pantai Remis

Mukim Sitiawan
1. Kg. Sitiawan
2. Kg. Pasir Panjang laut
3. Kg teluk pencalang
4. Kg. Ayer Tawar
5. Kg. Paya Nibong


SEKTERIAT JAWATAN KUASA PENGURUSAN BENCANA DAERAH APM MANJUNG

No comments:

Post a Comment