SERI MANJUNG - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung mencari lima individu bagi membantu siasatan kes samun di sebuah rumah di Jalan Kampung Acheh Baru, Sitiawan, di sini dalam kejadian 6 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, menurut mangsa, 40, ketika kejadian dia terlihat seorang individu memecah masuk ke dalam rumahnya.
Katanya, ketika kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, lelaki berkenaan mengacukan parang dan bercakap dalam bahasa Tamil manakala seorang lagi lelaki bertindak mengawal mangsa.
"Ada dua lagi lelaki menggeledah rumah mangsa dan mengambil empat rantai leher, lima cincin, enam pasang subang dan seutas gelang tangan emas.
"Selain itu mereka turut mengambil wang tunai bernilai kira-kira RM500 dan sebuah kereta Honda CRV bernombor pendaftaran AJK 9921 sebelum melarikan diri," katanya.
Beliau berkata, bertindak daripada maklumat itu, polis mengesan sebuah kereta Proton Perdana berwarna perak di sebuah kubur cina di Sungai Wangi, Sitiawan yang dinaiki lelaki terbabit, jam 4.30 petang pada 14 Oktober lalu.
Katanya, individu yang dicari dikenali sebagai :
- P Ilavarasan, 21, beralamat Taman Tan Sri Manickavasagam, Ayer Tawar;
- Y Kaviyarasan, 26, beralamat Jalan Kampung Serdang, Sitiawan;
- S Sugumaran, 31, dari Jalan Panglima Taiping;
- F Francis, 23, dari Kampung Sitiawan, Sitiawan dan
- G Kaliswaran, 34, dari Taman Seri Wangi, Sitiawan.
"Kita mengharapkan bantuan orang ramai jika mempunyai maklumat boleh disalurkan kepada balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.
No comments:
Post a Comment