Wednesday, 28 September 2016

NGA KOR MING TUDUH SPR PENIPU DAN TIDAK BERPERLEMBAGAAN ???


ROKETKINI sebelum ini melaporkan bahawa Pemindahan pengundi secara besar-besaran oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke negeri Perak dilihat sebagai taktik kotor Barisan Nasional (BN) untuk memastikan kemenangan mereka di negeri itu dalam pilihanraya umum akan datang.



Membantah keras tindakan SPR itu, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, membantah keras tindakan SPR iut dan menyifatkan agensi berkenaan telah mengelirukan orang ramai dengan menyiarkan warta yang hanya memaklumkan perubahan pusat dan daerah mengundi.
Sebaliknya kata beliau, apa yang sebenarnya berlaku ialah persempadanan semula kawasan pilihanraya.
“Persempadanan semula kawasan pilihanraya adalah tidak berperlembagaan, tidak adil dan ianya satu penipuan selain satu tindakan untuk memanipulasi keputusan pilihanraya,” ujar beliau.


Kenapa SPR buat persempadanan semula ?

SPR sepatutunya melakukan kajian persempadanan semula pada 2011 namun ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 2013.
Berdasarkan Perkara 113(2)(ii) Perlembagaan Persekutuan, persempadanan semula boleh dilakukan selepas tempoh lapan tahun persempadanan kali terakhir tamat dan dalam kes ini adalah pada 2003.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, proses mewartakan dokumen persempadanan semula kawasan Parlimen tidak akan berlaku jika wakil rakyat pembangkang enggan menyokong usul berkenaan.
“Pembangkang kena setuju dan parti pemerintah juga perlu menyokong sepenuhnya. Kalau tak ada (majoriti dua pertiga), tak akan berlaku perubahan (kawasan) Parlimen,” 
Dah gelabah sangat tu kenapa..??

No comments:

Post a Comment