
Kes denggi di Selangor menunjukkan peningkatan pada tahun ini sehingga 338.05 peratus dengan 29,972 kes direkodkan bermula Januari hingga 27 Julai lepas berbanding 6,842 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan kes denggi berpunca dari masalah pihak Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran yang tidak mengutip sampah dan sisa pepejal mengikut jadual berkala.
Beliau juga menggesa semua penduduk Selangor memain peranan bagi memerangi denggi di Selangor. Beliau turut mengerahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menghantar petugas-petugas dari negeri lain ke Selangor untuk menjalankan aktiviti membasmi denggi.
'Antara masalahnya adalah sampah dan sisa pepejal tidak kerap dikutip secara berkala. Perangi denggi habis-habisan di Selangor. KKM telah kerahkan petugas-petugas dari negeri lain ke Selangor untuk membantu menjalankan aktiviti pembasmian," kata Hisyam kepada media.
Ekoran masalah denggi di Selangor yang makin meningkat akhir-akhir ini, Putrajaya memberi komitmen untuk membantu negeri itu mengatasi melalui aktiviti pencegahan dan kawalan secara bersepadu.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, 6 agenda utama perlu diberi penekanan terutamanya dari aspek kebersihan tanah kosong, bangunan tidak digunakan, struktur bangunan dan keperluan mewujudkan pihak berkuasa tempat 9PBT) khas memerangi denggi. Selain itu, agenda yang perlu diberi penekanan ialah meningkatkan lagi usaha mengawal kebersihan persekitaran dalam negeri.
"Agenda utama kementerian ialah meningkatkan lagi usaha mengawal kebersihan persekitaran dalam negeri Selangor. Kita menegaskan berapa pentingnya kawalan kebersihan dalam menangani wabak denggi," kata Subramaniam.
Beliau turut menambah dengan berkata, lebih 90% rakyat faham mengenai bahaya wabak ini tetapi masih enggan menanganinya secara praktikal. Beliau juga mengharapkan kerajaan negeri dapat melakukan perubahan dan tingkatkan kerjasama antara jabatan negeri, daerah dan PBT bagi mengurangkan kes ini di masa depan. Menurut beliau lagi, 189 kematian telah dilaporkan tahun ini, 70 (37%) daripadanya berlaku di Selangor.
Setelah diteliti dan fahami kerajaan negeri perlu menyegerakan membasmi wabak ini kerana wabak ini telah meragut 70 nyawa penduduk di negeri tersebut. Pemimpin tertinggi di negeri tersebut juga diharapkan dapat memainkan peranan yang lebih penting dan bukannya hanya pandai beraksi di depan kamera sahaja. - UtaraNews.com
No comments:
Post a Comment