Thursday, 11 December 2014

GERAKAN TURUN AKAN BERDEMO TANPA PERMIT


Hari ini media melaporkan, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) sekali akan mengadakan satu demonstrasi pada 31 Disember ini bagi mendesak kerajaan agar menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.90 seliter yang mana harga RON95 kini berharga RM2.26 seliter.

Gerakan itu juga mendakwa ia adalah kerana mereka berjaya pada tahun lalu bagi menuntut penurunan harga barang di Dataran Merdeka.

Difahamkan, demonstrasi itu akan diadakan di lokasi yang sama dan akan bermula pada jam 9 malam.

Menurut Pengerusi TURUN, Azan Safar, perhimpunan bantahan kenaikan harga minyak itu bakal disertai sekurang-kurangya 10,000 orang dan para peserta perlu memakai baju berwarna hitam pada malam itu.

Beliau mendakwa, perhimpuan tersebut dibuat sempena menyambut malam tahun baru dan permohonan permit tidak akan dilakukan.

"Kenapa harus mohon permit sekiranya kita turun untuk menyambut malam tahun baru?" katanya dalam sidang medianya semalam."

Malah ia turut disokong aktivis Hishamuddin Rais dengan menyeru agar semua untuk turun beramai-ramai ke demonstrasi pada malam tersebut.

"Sekiranya harga minyak tidak turun itu bukan masalah, saya rasa lagi bagus kerana rakyat marah kerana lebih senang untuk kita membenci Umno," katanya.

Pakatan pembangkang khususnya Pemuda PAS dan PKR kini dilihat masih tidak serik untuk melakukan perkara yang tidak melambangkan keharmonian terhadap perpaduan negara. - Azlin Hussain / UtaraNews.com

No comments:

Post a Comment