Sunday, 30 November 2014

4 TERAS SOLIDARITI BN HADAPI PRU 14


KUALA LUMPUR 30 Nov -  Barisan Nasional (BN) menggariskan empat teras solidariti kesemua parti komponen bagi berdepan cabaran menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ianya mencakupi elemen kesederhanaan, keseimbangan, kecemerlangan dan keadilan sosial.

"Selepas Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang berakhir semalam, apa yang dapat kita simpulkan mengenai semangat solidariti dan konsep wasatiyah ini adalah terhasilnya empat kesan iaitu kesederhaaan, keseimbangan, kecemerlangan dan keadilan sosial.

"Untuk terus menjadi kerajaan yang diyakini, kita harus pastikan adil kepada semua kaum.

"Saya juga menyeru sokongan anda semua supaya bersama-sama kerajaan melakukan transformasi ekonomi kepada lebih berdaya saing, transform kehidupan seharian kita kepada lebih baik," katanya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk (PPP) ke-61 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ) di sini, hari ini.

Perdana Menteri itu menegaskan, BN adalah parti yang sentiasa mendahulukan rakyat dan akan sentiasa bekerja untuk rakyat.

"Kita adalah parti untuk rakyat yang akan sentiasa bekerja untuk rakyat.

"Bukan seperti pembangkang. Lihat saja apa yang berlaku di Kajang dan Selangor.

"Mereka langsung tidak boleh bekerjasama. Agenda mereka hanyalah untuk menjatuhkan kerajaan," katanya.

No comments:

Post a Comment