
SITIAWAN – Seorang penuntut Institut Kejuruteraan Teknologi Marin (MIMET) Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang dikhuatiri lemas di muara Sungai Dinding di sini semalam dijumpai terapung sebentar tadi.
Mangsa, Muhammad Zaffan Baharuldin, 27, ditemui oleh Pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 12.50 tengah tadi.
Difahamkan, mangsa mandi di muara sungai itu secara sendirian dan dia disedari lemas oleh kawannya yang berada di tebing sungai sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd. Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7 malam sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
“Operasi pencarian pada waktu malam semalam diteruskan semula pada hari ini dan mangsa ditemui timbul dalam jarak lebih 30 meter dari tebing muara sungai tersebut.
“Mayat mangsa yang lengkap berpakaian itu disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Onlinesebentar tadi.
Tambah Mohd. Zaki, mayat mangsa kemudian dibawa naik ke tebing dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Seramai lapan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Pulau Pangkor, Polis Diraja Malaysia (4), Polis Marin (6) dan enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia terlibat dalam operasi tersebut.
“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 1.30 tengah hari,” katanya. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment