PAGI tadi Menteri Besar Perak merangkap ADUN Kawasan Pangkor, Dato' Seri Dr Zambry bin Hj Abd Kadir telah melancarkan Program Projek Alamat Untuk Semua. Majlis berlangsung di Dataran Kurma, Pulau Pangkor dihadiri penduduk tempatan dan masyarakat setempat serta orang ramai.
Projek Alamat untuk semua (Address For All - AFA) adalah penetapan alamat kediaman penduduk Pulau Pangkor. Kini, dengan mempunyai alamat kediaman masing-masing melalui projek tersebut, membolehkan setiap surat atau dokumen disampaikan dengan selamat ke tangan penerima oleh posmen yang bertugas.
“Contohnya, jika sebelum ini ada tanah yang dimiliki oleh Pos Malaysia dibangunkan oleh kerajaan negeri atau kerajaan tempatan tetapi selepas Pos Malaysia menjadi badan korporat, kawasan tersebut diminta agar dikosongkan.
“Oleh yang demikian, saya berharap pihak Pos Malaysia akan datang berbincang dengan kerajaan negeri dalam kita memberikan perkhidmatan kepada rakyat", katanya.
No comments:
Post a Comment