Tuesday, 24 January 2017

PERAK MULA DILANDA BANJIR


Di Perak, seramai 334 orang daripada 109 keluarga kini ditempatkan di 7 pusat pemindahan banjir di seluruh negeri itu setakat 8 pagi tadi, berikutan hujan tanpa henti sejak petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, daerah Manjung mencatat jumlah penduduk paling ramai dipindahkan, iaitu 197 orang dengan masing-masing 72 orang berada di Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai, manakala 125 lagi ditempatkan di Dewan Orang Ramai Inderawati, Beruas.
Sementara itu, 90 orang ditempatkan di 3 pusat pemindahan yang dibuka di daerah Larut, Matang dan Selama, iaitu di Surau Kampung Jawa, Trong (43); Dewan Kampung Matang Merbau, Trong (31) dan SK Batu Hampar (16).
“Di Hilir Perak, seramai 27 orang ditempatkan di SK Pengkalan Ara, manakala di daerah Hulu Kinta, 20 orang kini berada di Dewan Orang Ramai Kampung Piandang, Batu Gajah,” menurut kenyataan hari ini.
Tambah kenyataan itu, kebanyakan daerah di Perak dilaporkan hujan pada pagi ini.
Di Selangor, hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan 152 orang daripada 45 keluarga terpaksa berpindah ke 2 pusat pemindahan di Sabak Bernam, setakat 8 pagi ini.
TERKINI !!

Laporan bencana banjir di sekitar Negeri Perak 24 Jan 2017@ 1200H (Selasa)

Daerah: Kinta

1) Pusat pemindahan: Dewan Orang Ramai Kampung Piandang
Keluarga: 1
Mangsa: 8

Daerah: Larut, Matang dan Selama

1) Pusat pemindahan: SK Batu Hampar
Keluarga: 13
Mangsa: 41

2) Pusat pemindahan: DOR Matang Merbau
Keluarga: 9
Mangsa: 29

3) Pusat pemindahan: Surau Kg Jawa, Trong
Keluarga: 15
Mangsa: 50

4) Pusat Pemindahan: Surau Padang Serai Dalam
Keluarga: 3
Mangsa: 7

5) Pusat Pemindahan: DOR Kelubung Sg Tinggi
Keluarga: 2
Mangsa: 14

Daerah: Hilir Perak

1) Pusat pemindahan: SK Pengkalan Ara
Keluarga: 12
Mangsa: 32

Daerah: Kuala Kangsar

1) Pusat pemindahan: Surau Al Karimiah Talang Hulu
Keluarga: 2
Mangsa: 6

Daerah: Perak Tengah

1) Pusat pemindahan: Surau Kg Talang, Belanja Kiri, Parit
Keluarga: 2
Mangsa: 4

Daerah: Manjung

1) Pusat Pemindahan: DOR Inderawati, Beruas
Keluarga: 49
Mangsa: 119

2) Pusat Pemindahan: SAR Padang Serai
Keluarga: 31
Mangsa: 127


RINGKASAN:

BIL PUSAT PEMINDAHAN: 11
JUMLAH KELUARGA: 139
JUMLAH MANGSA: 437

Oleh:
APM Perak
Sekretariat JPBN Perak

No comments:

Post a Comment