Friday, 19 June 2015

MASJID ARFIAH BATU 3 SEGARI RM3.5 JUTA

PERAKTODAY5

LUMUT: Sempena mengambil keberkatan bulan Ramadhan ini, pembinaan Masjid Al-Arfiah Kampung Batu 3, Segari telah siap sepenuhnya dan  digunakan buat pertama kalinya oleh umat Islam sekitarnya hari ini.

PERAKTODAY4
Menurut Menteri Besar Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pembinaan tersebut berjaya disempurnakan hasil usaha dan kerjasama semua pihak.
PERAKTODAY3
Hari ini masjid tersebut telah digunakan oleh para jemaah sebentar tadi bagi menunaikan solat Jumaat dan masjlis pengisytiharaan penggunan masjid berkenaan juga telah disempurnakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
“Saya sendiri mengambil perhatian khusus mengenai pembinaan masjid kerana ianya terletak dalam kawasan saya,” katanya.
Tambahnya lagi, masjid tersebut tidak berkeluasan besar namun ianya berupaya menampung jemaah di kawasan sekitar.
“Keindahan dalam masjid ini adalah usaha daripada semua pihak dengan perhatian dan penelitian khusus mengenai seni binanya,” katanya.
Turut hadir Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Gazali Jalal dan barisan  pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.
PERAKTODAY1
Ujarnya lagi, kawalan kepada kos juga begitu teliti dan seni bina yang cukup diberi penelitian.
“Berkat daripada kerjasama semua pihak seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pemaju yang sudi mendengar nasihat diberikan mengenai perubahan daripada segi seni bina,katanya.
Tambahnya lagi, perhatian khusus diberikan olehnya terutama sekali berkaitan dengan  proses pembinaan dapat mengunakannya untuk beribadah.
“Masjid ini telah sempurna dengan penuh keberkatan pada bulan Ramadhan dan hujan turun dengan lebat penuh Baraqah,” katanya.
Pembinaan masjid Arfiah telah menelan kos pembinaan sekitar RM3.5 juta dengan penambahan beberapa kemudahan termasuklah  bilik air di kawasan perkarangan masjid.

No comments:

Post a Comment