Wednesday, 20 May 2015

10 LANGKAH ELAK DIPANAH PETIR


KUALA LUMPUR: Insiden tiga nyawa terkorban akibat dipanah petir di Johor baru-baru ini perlu diambil serius oleh pihak berkuasa di seluruh negara.  Walaupun mereka dilaporkan cuba mendapatkan perlindungan di dalam sebuah pondok yang terletak  di luar sebuah sekolah ketika dipanah petir, ia terjadi akibat kedudukan pondok itu yang berada di bawah pokok.

Sunday, 17 May 2015

PM JAWAB 13 ISU PANAS


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menyatakan pandangannya berhubung 13 persoalan dan isu yang dibangkitkan pihak tertentu. 

Menerusi laman web rasminya, NajibRazak.com, Perdana Menteri menjawab secara jelas perkara dibangkitkan, termasuk isu Altantuya Shaariibuu, 1Malaysia Development Berhad (1MDB); Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); 'Jambatan Bengkok'; dakwaan 1 Malaysia sama seperti 'Malaysia Malaysia' serta pembelian pesawat kerajaan. 

Wednesday, 13 May 2015

LORI TERBALIK.... BABI TERLEPAS DALAM PARIT


Sungai Besar: Sebanyak 70 babi terperangkap di dalam parit kira-kira lima jam selepas lori yang membawa haiwan itu terbabas di Kilometer 62 berdekatan Parit 13, Sungai Nibong, dekat sini, pagi tadi.

DYMM SULTAN PERAK ZIARAH MAKAM

PK14_120515_MAKAM

PASIR SALAK, 12 Mei — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan bersalaman dengan orang ramai yang hadir selepas menziarahi makam Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Shah (Sultan ke-11) dan Sultan Alaudin Mughayat (Riayat) Shah (Sultan ke-12) sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV hari ini.
— fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

Tuesday, 12 May 2015

SYABAS! POLIS PERAK TAHAN LELAKI 'GENG DEVAN' MILIKI 7.47KG HEROIN

IPOH – Polis menahan seorang lelaki dan merampas 7.47 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM374,000 di Desa Rishah Indah di sini, Khamis lepas.

BETUL KE.. BIBIK DAPAT IC, DAPAT BR1M ??

Amah Indonesia dapat IC, BR1M?

SHAH ALAM - Sebuah video viral di laman sosial Facebook tersebar apabila seorang amah warganegara Indonesia mendakwa mendapat IC dan sejumlah wang yang didakwa sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Saturday, 9 May 2015

DUIT ORANG RAMAI DI TABUNG HAJI SELAMAT


KUALA LUMPUR 9 Mei -  Tabung Haji (TH) memberi jaminan wang pendeposit tidak akan terjejas atau hilang dengan pembelian satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB, sebelum ini.

MEDIA 'PUTAR ALAM' PRO PR LAPORKAN TPM HENTAM KERAJAAN DI LUAR NEGARA !!!


Perpecahan dalam pucuk pimpinan UMNO yang akan memaksa suatu perubahan besar terbayang malam ini  apabila suatu berita dari Italy mengatakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddn Yassin secara terus terang mengkritik kerajaan dalam pengurusan skandal 1MDB.

Friday, 8 May 2015

1MDB TOLONG TABUNG HAJI ATAU SEBALIKNYA ??


Sejak malam semalam tersebar di media sosial mendakwa Tabung Haji (TH) membeli dua bidang hartanah di kawasan Segitiga Emas KL dari 1MDB untuk menyelamatkan 1MDB. Satu bidang hartanah untuk Residential Tower yang bernilai RM 188.5 juta dan satu bidang untuk Signature Tower yang bernilai RM 577 juta.

AHLI UMNO PERLU KEKAL BERSATU DEMI MASA DEPAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA


KUALA LUMPUR, 8 Mei – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, menjelang sambutan Hari UMNO ke-69, 11 Mei ini, semua ahli UMNO perlu terus kekal bersatu supaya parti keramat ini kekal sebagai pertubuhan politik yang mantap dalam membela nasib Melayu dan Bumiputera.

PAS TETAP MAHU HUDUD WALAUPUN PKR TENTANG HABIS-HABISAN


BANGI : PAS tetap meneruskan usaha untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud di Kelantan meskipun berdepan tentangan keras rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, kata Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

Friday, 1 May 2015

BETING BERAS BASAH DAN KAITAN DENGAN KESULTANAN PERAK



Kaitan Kesultanan Perak dengan Beting Beras Basah telah wujud sejak zaman Sultan Muzaffar Syah 1 ( 1528 – 1549 ). Sejak itu, setiap Sultan Perak yang akan ditabalkan disyaratkan datang ke Beting Beras Basah ini untuk istiadat pertabalan pusaka dan bersiram tabal dan beberapa upacara lain yang akan disempurnakan oleh Pawang Diraja.