Saturday, 28 February 2015

1.4 JUTA RAKYAT MALAYSIA JADI HAMBA DADAH !


SEREMBAN 28 Feb - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenal pasti 1.4 juta rakyat di negara ini terbabit dengan dadah.


Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehubungan itu 42 peratus daripada banduan yang dimasukkan ke 47 penjara di seluruh negara adalah bersabit penyalahgunaan bahan berbahaya itu.

Katanya, lebih memburukkan apabila rekod mendapati penagih termuda dalam negara berusia tujuh tahun.

"Kita mendapati bahawa pengedar kini bukan lagi mensasarkan Generasi Y berusia 18 sehingga 39 tahun untuk terbabit penggunaan dadah.

"Tetapi mereka juga mensasarkan Generasi Z iaitu generasi milenium untuk terbabit sama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment