Sunday, 7 December 2014

MENGAPA NILAI RINGGIT MALAYSIA SEMAKIN SUSUT ???


Jawapannya cukup mudah, Kuasa matawang dunia iaitu US Dollar semakin lemah pengukuhannya. Anda tak perlu ‘study’ untuk fikirkan bagaimana hal ini boleh terjadi. Ini kerana, ianya adalah ilmu ekonomi yang kompleks untuk dihuraikan.Sudah memadai anda tahu, nilai matawang jatuh apabila kuasa besar ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak kukuh di pasaran. Tambahan pula, nilai matawang semakin sukar dikawal apabila terdapat sesebuah kerajaan mencetak wang tanpa memikirkan kesan buruk seperti inflasi dan hyperinflasi.


Info di terima: 2 hari lepas. Stock market kita jatuh hampir 51 point sehari. Entah dah berapa tahun tak jadi mcm ni. Ini kerana banyak yahudi investment bank keluar dari stok syarikat minyak. Habis syarikat minyak malaysia jatuh terlungkup. Ada yang nilai jatuh sampai 70%. Bila dia keluar. RM pun keluar, jadi RM jatuh. Ini bukan sikit2 berbillion2. Syarikat yahudi ambik duit tu melabur kat negara pengimport minyak pula
Memang benar bahawa RM semakin lemah benar2 buruk. Kurang daripada setahun yang lalu apabila abang saya berada di Eropah kadar pertukaran adalah hanya sekitar RM4.09 untuk 1 Euro dan kini ia adalah RM4.52 untuk 1 Euro. Begitu juga dengan USD & GBP
Tapi, Dolar Australia (AUD) juga semakin lemah berbanding USD, GBP dan Euro Ringgit kita kini bernilai lebih (lebih kuat) dalam AUD. Sebelum ini, nilai pada satu mata AUD ini adalah lebih tinggi Ringgit Malaysia, tetapi kini ia adalah lebih rendah. Saya pun nak tahu kenapa?
Saya TIDAK SETUJU bahawa mata wang negara2 lain di Asia kekal stabil. Mereka juga susut nilai berbanding USD. Malah, beberapa yang semakin lemah berbanding RM, dua pengecualian (terhadap RM) adalah Dollar Singapura dan Ringgit Brunei
Rakyat Malaysia boleh pergi ke Indonesia untuk bercuti mereka lebih murah kerana Rupiah kini begitu lemah berbanding dengan RM. Saudara saya berada di sana bulan lalu, pemandu pelancong dia kata bahawa ekonomi di Indonesia tidak baik, tetapi harga hartanah terus meningkat. Hampir persamaan di sini tapi teruk lagi sana
Kita perlu sebuah kerajaan yang kuat dari segi elakan hasutan demonstrasi dan hasut menghasut memburukkan kerajaan sampai ke luar negara seperti PR sedang buat sekarang adalah salah satu punca kenapa pelabur lari untuk mengatasi & menangani isu Ringgit yang semakin lemah. Jika tahap keyakinan terhadap Kerajaan adalah tinggi, negara ini akan menjadi lebih stabil dan seterusnya, kita akan mempunyai lebih ramai orang melabur di Malaysia, lebih ramai orang membeli Ringgit dan wang yang kurang akan keluar dari negara ini. Saya bersetuju dengan cadangan abang saya bahawa Kerajaan Malaysia mesti berhenti melabur di luar negara (jika boleh elak) wang yang perlu dilaburkan di sini, di Malaysia.
Jika berterusan RM jatuh, kita tidak mahu ini bakal terjadi:
Harga 3 biji telur ayam di sebuah negara Afrika mencapai nilai 100 BILLION!
Mahukah kita melihat suatu hari nanti, harga 3 biji telah di negara Malaysia mencapai nilai RM5.00
Maksudnya, jika melihat situasi 'parah' hari ini, selain melakukan pekerjaan yang memberi pendapatan tambahan, kita boleh melabur dalam membeli emas kalau tak silap saya sebab emas ni membantu juga dalam menguatkan lagi ekonomi negara, kalau nak tahu, mana negara yang paling banyak emas adalah negara yang terkuat sekali, tak percaya cuba reki2.
Jika kita sekarang berusia 30 tahun, cuba anda ingatkan semula berapakah harga sekeping karipap 22 tahun dulu dengan harga sekeping sekarang?
Cuba ingatkan semula, berapakah harga 5 keping goreng pisang 22 tahun dulu dengan harga 5 keping goreng pisang sekarang?Jika ada yang mengatakan harganya sama, adakah saiznya juga sama?
Semakin membesar atau semakin mengecil?
Kenapa dikatakan nilai matawang semakin susut?
Untuk lebih faham, lihat gaji yang terima sekarang, berapa banyak nilai wang yang perlu bayar untuk belanja bagi membeli keperluan dapur sekarang.
So jalan terbaik untuk kita nak berwaspada adalah membeli emas dan berhenti buat kacau bilau dalam negara dan busukkan Malaysia sampai luar negara untuk tambah kukuh ekonomi negara kita. Pakaran Rakyat harus bertaubat. Jangan jadi celaka sangat menyusahkan orang dan menjadi penyebab pelabur lari. Dan ini adalah Tips terbaik. Jadi lah manusia berguna, InsyaAllah selamat

No comments:

Post a Comment