
SANDAKAN 24 Dis - Polis menemui mayat rentung dalam but sebuah PROTON Wira yang hangus terbakar di Jalan Cecily, Batu 4, dekat sini, pagi semalam.
Mayat rentung terbabit ditemui kira-kira jam 10 pagi selepas polis menerima laporan mengenai penemuan kereta terbakar itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali, berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti dan jantina mangsa.
"Polis tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri di lokasi kejadian.
"Mayat itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat.
Polis percaya mangsa dibunuh sebelum dibakar dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
No comments:
Post a Comment