
IPOH – Seorang lelaki cedera selepas dipercayai dipukul empat lelaki ketika bersembahyang di sebuah tokong di Taman Utama Bercham di sini, 9 November lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa yang berusia 50 tahun cedera di kepala, lutut dan belakang badan.
Mangsa dibelasah kerana tidak membayar wang untuk bersembahyang.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, sebelum kejadian, mangsa dihampiri seorang sami yang meminta sejumlah wang sebagai syarat untuk bersembahyang di tokong itu.
“Sami itu berkeras meminta wang walaupun mangsa kata tidak ada cukup wang dan berjanji untuk bayar keesokannya harinya.
“Mangsa lihat sami terbabit membuat panggilan telefon sebelum dia dibelasah empat lelaki tidak lama kemudian, hingga cedera di beberapa bahagian badan,” katanya.
Menurutnya, mangsa mendakwa dia kemudiannya diheret keluar dari kawasan tokong sebelum ditinggalkan di tepi pagar.
Katanya, siasatan mendapati mangsa dipukul tanpa menggunakan senjata dan tempat kejadian tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) serta tiada saksi melihat.
No comments:
Post a Comment