Friday, 14 November 2014

DATUK A.RAHMAN HASSAN DAN FADILAH MANSOR BAKAL DIRIKAN RUMAHTANGGA HUJUNG TAHUN INI

Jutaan tahniah diucapkan kepada Datuk A Rahman Hassan dan Fadilah Mansor yang dikhabarkan akan mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini. Mereka berdua dilaporkan berkenalan di sebuah majlis anugerah beberapa bulan yang lalu. 

a rahman hassan dan fadilah mansor


Kedua-duanya pernah mendirikan rumahtangga sebelum ini iaitu A Rahman dengan Azizah Mohamad (meninggal akibat kanser) dan Fadilah dengan Ahmad Ibrahim atau Mat London yang berakhir dengan penceraian.

Buat masa ini kedua-dua bakal pengantin ini enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai majlis perkahwinan mereka. Apabila sudah betul-betul bersedia kelak, mereka akan tampil untuk berkongsi berita gembira ini dengan para peminat. 

Apa pun, tahniah diucapkan atas berita gembira ini. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. Sama-samalah kita doakan.

No comments:

Post a Comment